May 11, 2012

Kasih seorang ibu :')

Views
Hey everybody.
Guess what?
Entri yang kamu semua tggu.
Hehe.
Jom baca.

Orang yang pertama kusayangi ialah ibuku.
Pandangan pertama jatuh cinta ialah ratuku.
Kucupan pertama dari kasih ibu.
Kegembiraan yang pertama ialah penyayang hidupku.

Kegembiraan yang ku nikmati, ku kongsikan bersamamu.
Kau tumpang bahagia.
Dan, apabila aku dalam lemasan tangisanku,
kau hulur bantuanmu.
Kau beri bahumu dan kau setia mendengar tangisanku.

Tanpamu wahai ratu hatiku, aku tidak akan pijak dua tapak kakiku di bumi ini.
Sesungguhnya syurga itu dibawah telapak kakimu,
aku sebagai seorang ihsan yang bergelarkan anakmu
aku menyusun 10 jariku dan aku memohon maaf padamu wahai ibuku.
Aku meminta maaf kerana:

-Maaf sebab kerana aku, ibu terpaksa membawaku ke mana sahaja selama 9 bulan.
-Maaf atas semua rintihan yang ibu lalui
-Maaf atas setiap titik peluhmu apabila menjaga aku
-Maaf atas pengorbananmu untukku
-Maaf segala kesakitan yang ibu rintangi
-Maaf atas kekasaran aku
-Maafkan aku dengan atas segala yang ibu hadapi selama ini

Aku meminta maaf bukan hari ini sahaja tapi setiap hari.
Dalam doaku wahai ibu.
Hari istimewa untukmu bukan hari ini sahaja tapi setiap hari.
Dalam duniaku wahai ibu.
Kasih sayang yang hebat ini bukan hari ini sahaja tapi setiap hari.
Dalam hatiku wahai ibu.
Kegembiraan bukan hanya hari ini tapi setiap hari.
Dalam hidupku wahai ibu.

Ibu, selama 9 bulan ibu menjagaku dengan baik.
Selama itulah ibu menghadapi banyak dugaan.
Tapi aku membalasnya bukan dengan cara baik kan.
Aku akan berusaha menjaga hatimu wahai ibu sebagaimana ibu menjagaku dengan baik.
InsyaAllah.

Maafkan aku, ibu. :'(

Buat readers sekalian, sayangilah ibumu selagi mereka masih ada.
Mohon maaf dengan mereka dengan segera sebelum terlambat.

Dengan ini entri D dah pun berakhir.
Izinkan D mengundur diri dan D harap kamu semua sambut hari ibu dengan sempurna.
Byeeee. Good Night.
Assalamualaikum.


 

1 comment:

MsDaniella says Hi